Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Saturday 31 December 2011

Majlis Istiadat Konvokesyen Zon Utara Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

10 DISEMBER 2011,SINTOK - Majlis Istiadat Konvokesyen Zon Utara Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Utara Malaysia,UUM. Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh adat istiadat. Seramai 10 orang graduan ahli tamat dari UiTM Perlis telah menerima Sijil Rendah sempena Konvokesyen tersebut. PSSCM UiTM Perlis juga telah menghantar seramai 20 orang ahli bagi membantu menjayakan majlis konvokesyen tersebut sebagai urusetia program. Di samping itu, skuad demo PSSCM UiTM telah berganding bahu bersama PSSCM UniMAP bagi menjayakan demostrasi yang telah diadakan pada Majlis Makan Malam Perdana.








 "BERSAMA & BERSATU"

Sambutan Tenaga Pengajar PSSCM 1433H & Sambutan Maal Hijrah - Marhaban, Berzanji & Qasidah Burdah

27 November 2011, Tronoh - Para tenaga pengajar PSSCM UiTM Perlis telah menghadiri Sambutan Hari Tenaga Pengajar  yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas,Tronoh,Perak. Sambutan hari tenaga pengajar tersebut telah menghimpunkan para tenaga pengajar di seluruh negara. Di samping itu, majlis Sambutan Maal Hijrah turut diadakan.










"BERSAMA & BERSATU"

Friday 16 December 2011

DEMONSTRASI SEMPENA "SOCIETY & CLUB ENROLMENT" UiTM PERLIS

23/11/2011-PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan demonstrasi sempena "SOCIETY  & CLUB ENROLMENT" yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar,(MPP) UiTM Perlis.

PSSCM UiTM Perlis juga telah membuka booth pameran serta pengambilan ahli baru.Demonstrasi  tersebut telah disertai oleh 20 orang ahli tamat PSSCM UiTM Perlis.





"BERSAMA & BERSATU"

Wednesday 16 November 2011

SELAMAT DATANG KE UiTM PERLIS



Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Universiti Teknologi MARA Kampus Perlis
(PSSCM UiTM PERLIS) mengucapkan 


"SELAMAT DATANG"


kepada pelajar-pelajar baru sesi November 2011


"Kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baru"

Friday 21 October 2011

PROGRAM INTEGRASI PSSCM UITM SEMALAYSIA KALI KE-3

JUMAAT,14/10/2011 - PSSCM UiTM Perlis telah menyertai PROGRAM INTEGRASI PSSCM UITM SEMALAYSIA KALI KE-3 yang telah diadakan di UiTM Jengka, Pahang. PSSCM UiTM Perlis telah menghantar seramai 9 orang wakil ke program tersebut.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut, menekankan pengorganisasian di dalam sesebuah persatuan khususnya Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Program itu juga turut diisi dengan 3 seminar yang telah di sampaikan oleh :

1) YDP PSSCM Cawangan Pahang, En. Yusoff b. Husain
    Tajuk: Nilai Silat Cekak Dari Segi Budaya

2) Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib , PSSCM , Tn.Hj.Ghazali b. Abdul Rahman
    Tajuk : Pembentukan Ihsan Kamil

3) Naib Presiden PSSCM ,  En. Roslin Bin Ali Omar
    Tajuk : Nilai Silat Cekak Dari Segi Persatuan

Program yang melibatkan lebih 300 peserta itu, turut diisi dengan Majlis Makan Malam Perdana Cawangan Pahang sempena perayaan 33 tahun PSSCM cawangan Pahang.

















" BERSAMA & BERSATU "

Saturday 1 October 2011

PENGAMBILAN AHLI BARU!!!
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS
SESI SEPTEMBER/JANUARI  (SARJANA MUDA)

BERASASKAN PERGERAKAN SOLAT,
APLIKASI ASAS DARI KAEDAH DOA,QIYAM,RUKUK, DAN TAKBIR, 
ANDA MAMPU MEMPERTAHANKAN DIRI 
DAN MEMBACA SETIAP PERGERAKAN LAWAN


UNTUK PENDAFTARAN HUBUNGI:

SDR. RIDHUAN- 013-4709445
SDR. HISYAM- 019-5521136

Tuesday 27 September 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum, kepada semua pelajar UiTM Perlis peringkat diploma, persatuan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester, semoga kita semua diiringi ketenangan dalam menghadapi peperiksaan.


Disini ada beberapa tips panduan yang ingin dikongsi bersama, mudah-mudahan dengan tips yang diberi dapat memanfaatkan kita semua, insyaallah.


1. Masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan. Baca bismillah.
2. Sebelum itu pastikan peralatan mencukupi. Pensel, pen, pemadam , pembaris dan lain-lain barang keperluan. Sediakan lebih pen atau pensel bagi mengelakkan masalah pensel patah, pen habis dakwat.
3. Pastikan anda membawa kad pelajar.
4. Jangan duduk terlalu depan atau terlalu belakang. Kalau duduk depan mungkin akan menimbulkan gementar dan kalau duduk belakang mungkin gelisah bila tengok ramai yang keluar awal.
5. Jangan berani-berani meniru atau membawa toyol. Kalau ditangkap mungkin anda boleh dikenakan tindakan gantung semester. Sanggupkah anda mengulang satu semester hanya kerana satu subjek?
6. Pastikan lokasi tempat peperiksaan dengan betul. Jangan tersilap dewan.
7. Pastikan hadir selewat-lewatnya 20 minit awal.
8. Seelok-eloknya jangan mengulangkaji sebelum masuk dewan takut anda akan mengalami 'blank'.
9. Selepas peperiksaan tak perlu semak jawapan kerana ia akan menganggu subjek yang berikutnya.
10. Sekiranya 'carry mark' anda di bawah 10 dari 40 markah, fikir semula samada anda perlu menghadapi peperiksaan akhir atau tidak. Ini kerana kebarangkalian untuk 'fail' itu tinggi.
11. Pastikan anda boleh nampak jam. Ini bagi mengelakkan anda membuang masa dengan memikir soalan yang sukar. Pastikan 30 minit terakhir adalah masa untuk menjawab 1 soalan sahaja. Peruntukkan 10 minit untuk semakan terakhir. Mana tau tersilap tanda terutama bagi soalan objektif.



Semoga tips-tips ini bermanfaat kepada kita,insyaallah.



Tuesday 20 September 2011

Rumah Terbuka PSSCM Cawangan Perlis


15 September 2011, Arau - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Perlis telah menganjurkan rumah terbuka hari raya peringkat negeri Perlis. Program ini merupakan program tradisi tahunan yang dianjurkan sempena menyambut hari raya aidilfitri. Ia diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli persatuan dan para tenaga pengajar khususnya di Perlis. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Dipertua Cawangan Perlis,Yang Berbahagia En. Ishak bin Awang dan juga Mantan Naib Presiden PSSCM Tuan Haji Ghazali bin Abdul Rahman. Semua tenaga pengajar dan ahli-ahli di seluruh Perlis dijemput hadir ke majlis rumah terbuka ini. Para tetamu dari IPT jemputan seperti UiTM Perlis,UniMAP dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin turut menjayakan majlis rumah terbuka ini.

Monday 5 September 2011

SELAMAT DATANG KE UiTM PERLIS



Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Universiti Teknologi MARA Kampus Perlis
(PSSCM UiTM PERLIS) mengucapkan 


"SELAMAT DATANG"


kepada pelajar-pelajar baru sesi September 2011


"Kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baru"

Monday 29 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54

Kami dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54. Semoga sinar Syawal dan hari kemerdekaan tahun ini mengukuhkan lagi keimanan dan merapatkan ukhwah sesama kita.

Sunday 28 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis

 

Pada 20 haribulan Ogos 2011, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Bertempat di perkarangan Pusat Islam UiTM Perlis, seramai 89 orang ahli PSSCM UiTM Perlis dan beberapa IPT jemputan seperti UNIMAP,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan UiTM Kedah hadir menjayakan majlis ini. Hadir juga beberapa tetamu kehormat seperti Timbalan Rektor UiTM Perlis Prof. Madya Marzukai,Yang di-Pertua PSSCM Kedah,En.Rosli bin Mansor, Yang di-Pertua PSSCM Perlis,En.Ishak bin Awang,Penasihat PSSCM UiTM Perlis,Prof. Madya Khairul Anwar bin Subari, Presiden Majlis Perwakilan dan Presiden Majlis Tertinggi Kolej meraikan seramai 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Simpulan Kasih dan Rumah Ibn. Acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Rektor UiTM Perlis, Prof.Madya Marzukai.