Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Tuesday 20 September 2011

Rumah Terbuka PSSCM Cawangan Perlis


15 September 2011, Arau - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Perlis telah menganjurkan rumah terbuka hari raya peringkat negeri Perlis. Program ini merupakan program tradisi tahunan yang dianjurkan sempena menyambut hari raya aidilfitri. Ia diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli persatuan dan para tenaga pengajar khususnya di Perlis. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Dipertua Cawangan Perlis,Yang Berbahagia En. Ishak bin Awang dan juga Mantan Naib Presiden PSSCM Tuan Haji Ghazali bin Abdul Rahman. Semua tenaga pengajar dan ahli-ahli di seluruh Perlis dijemput hadir ke majlis rumah terbuka ini. Para tetamu dari IPT jemputan seperti UiTM Perlis,UniMAP dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin turut menjayakan majlis rumah terbuka ini.

No comments:

Post a Comment