Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Perutusan Yang Dipertua

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dengan berkat KekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, berkat guru-guru kita, karamah dan hikmah kedua ibubapa kita, dan juga dengan usaha majlis tertinggi PSSCM UiTM Perlis, maka terbitlah secara rasminya laman blog PSSCM UiTM Perlis.

Kepada para pengunjung, saya ucapkan selamat datang dan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari laman blog Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis ini, semoga maklumat yang terkandung di dalamnya dapat membantu semua untuk mengenali lebih lanjut tentang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis. Laman blog ini juga diwujudkan bermatlamat dapat menjadikan warga Cekak sebagai warga yang bermaklumat dan celik teknologi selaras dengan objektif silat cekak untuk melahirkan ahli-ahli yang berakademik dan pro-aktif dalam mengharungi teknologi yang semakin pesat ini.

Setiap hari dunia diperkenalkan dengan pelbagai kemajuan dan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Semakin hari semakin banyak teknologi dicipta demi untuk kesenangan dan kemudahan manusia. Dengan teknologi, sesetengah negara dijulang tinggi martabatnya dan dipandang mulia di kalangan negara lain. Mari kita renungkan bahawa semua ciptaan teknologi itu tidak akan terjadi tanpa kudrat serta akal fikiran yang dikurniakan Allah S.W.T. Maka sesungguhnya segala apa ciptaan hebat manusia di dunia ini sebenarnya memperlihatkan kebesaran serta kuasa Allah S.W.T. yang Maha Pencipta. Justeru itu, gunakanlah akal kita dengan sebaik-baik mungkin sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quranul-Karim, surah Ar-Ra'd ayat 3 yang bermaksud:

"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."

Akhir kata, saya amat berharap agar semua ahli PSSCM UiTM Perlis, khususnya, dapat memanfaatkan laman blog ini dengan sebaik-baik mungkin dan juga berharap masyarakat umum, amnya, dapat mengenali PSSCM UiTM Perlis dengan lebih dekat lagi.

Sekian, Wassalam.

MUHAMMAD HILWAN BIN AHMAD HOSNI
Yang Dipertua
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM PERLIS