Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Saturday 31 December 2011

Majlis Istiadat Konvokesyen Zon Utara Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

10 DISEMBER 2011,SINTOK - Majlis Istiadat Konvokesyen Zon Utara Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Utara Malaysia,UUM. Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh adat istiadat. Seramai 10 orang graduan ahli tamat dari UiTM Perlis telah menerima Sijil Rendah sempena Konvokesyen tersebut. PSSCM UiTM Perlis juga telah menghantar seramai 20 orang ahli bagi membantu menjayakan majlis konvokesyen tersebut sebagai urusetia program. Di samping itu, skuad demo PSSCM UiTM telah berganding bahu bersama PSSCM UniMAP bagi menjayakan demostrasi yang telah diadakan pada Majlis Makan Malam Perdana.








 "BERSAMA & BERSATU"

Sambutan Tenaga Pengajar PSSCM 1433H & Sambutan Maal Hijrah - Marhaban, Berzanji & Qasidah Burdah

27 November 2011, Tronoh - Para tenaga pengajar PSSCM UiTM Perlis telah menghadiri Sambutan Hari Tenaga Pengajar  yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas,Tronoh,Perak. Sambutan hari tenaga pengajar tersebut telah menghimpunkan para tenaga pengajar di seluruh negara. Di samping itu, majlis Sambutan Maal Hijrah turut diadakan.










"BERSAMA & BERSATU"

Friday 16 December 2011

DEMONSTRASI SEMPENA "SOCIETY & CLUB ENROLMENT" UiTM PERLIS

23/11/2011-PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan demonstrasi sempena "SOCIETY  & CLUB ENROLMENT" yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar,(MPP) UiTM Perlis.

PSSCM UiTM Perlis juga telah membuka booth pameran serta pengambilan ahli baru.Demonstrasi  tersebut telah disertai oleh 20 orang ahli tamat PSSCM UiTM Perlis.





"BERSAMA & BERSATU"