Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Sejarah

Sejarah PSSCM UiTM Perlis

          Rancangan penubuhan kelas latihan PSSCM di UiTM kampus Arau pada mulanya diusahakan oleh Prof. Madya Khairul Anwar bin Subari dan saudara Januar Effendi dengan kerjasama PSSCM Cawangan Perlis iaitu En. Syed Lokaman Hakim bin Syed Osman selaku Yang Dipertua PSSCM Caw. Perlis dan En. Ishak bin Awang selaku Naib Yang Dipertua PSSCM Caw. Perlis.
          Setelah usaha-usaha yang dijalankan, PSSCM UiTM Perlis kampus Arau dengan rasminya ditubuhkan pada 3 Januari 1999 apabila mendapat kelulusan daripada bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM kampus Arau yang bernombor rujukan 100-ITMCPs (HEP/PTA37/8/54) setelah permohonan penubuhan yang dibuat ditandatangani oleh Prof. Madya Dr. Bukhory bin Hj. Ismail.
           Pada 3 Januari 1999, sebuah Program Penerangan dan Penubuhan PSSCM kampus Arau telah diadakan di Dewan Kuliah 4 pada jam 10.00 pagi. Melalui program tersebut, tayangan video daripada rakaman demonstrasi di Maktab Mahmud Alor Setar telah dipertontonkan dan ia telah berjaya menarik seramai 32 orang mahasiswa daripada pelbagai program mendaftar sebagai ahli. Melalui program tersebut jawatankuasa PSSCM kampus Arau yang pertama ditubuhkan.
         Berkat usaha semua pihak terutamanya Yang Mulia Guru Utama Tuan Haji Ishak bin Itam serta Tuan Haji Ghazali bin Abdul Rahman maka Kelas Latihan yang pertama Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Arau Perlis telah berjaya dibuka. Profesor Madya Khairul Anwar bin Subari telah memberikan persetujuan untuk menjadi Penasihat PSSCM UiTM Arau Perlis.