Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Thursday 24 October 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak - Anak Ramadan.

27 Julai 2013 (Sabtu), Perkarangan Pusat Islam Uitm Perlis.PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di sekitar Arau, Perlis. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli PSSCM cawangan Perlis, ahli PSSCM UiTM Merbok, ahli PSSCM Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, dan ahli PSSCM cawangan Kedah serta kehadiran para jemputan dari sekolah-sekolah sekitar Arau. 

Mereka yang diraikan adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin dari Sekolah Menengah Al-Maad, Sekolah Kebangsaan Arau, dan Rumah Kanak-kanak Arau.


Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Khairul Anwar Bin Subari merangkap penasihat persatuan seni silat cekak Malaysia UiTM Perlis yang juga merupakan Naib Yang Di-Pertua PSSCM Perlis.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin serta VIP, dan Seterusnya bacaan Al-Quran berserta terjemahan dan tayangan mulitimedia. 

Majlis berakhir dengan jamuan berbuka puasa.


















" BERSAMA & BERSATU "

Tuesday 22 October 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA SESAMA AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA PERLIS

19 JULAI 2013, Rumah Persatuan Cekak Perlis. - Pihak PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sesama Ahli di Rumah Persatuan Cekak cawangan Perlis. Pelbagai juadah yang disediakan tidak kurang juga juadah yang dibawa sendiri oleh peserta yang hadir. Selain ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis, ahli PSSCM dari UNiMAP, PTSS dan cawangan juga turut hadir bagi memeriahkan suasana berbuka puasa.

 Dimulakan dengan juadah ringan diikuti solat maghrib berjemaah dan kemudiannya makan makanan yang berat. Selesainya solat Isyak, semua ahli turut serta  menunaikan solat sunat terawih di Rumah Persatuan Cekak secara berjemaah.

Aktiviti diteruskan lagi dengan ahli PSSCM UiTM PERLIS mengadakan kelas latihan di sana mengikut kelas masing-masing. Ini adalah julung - julung kalinya aktiviti sebegini diadakan dan PSSCM UiTM PERLIS mengadakan kelas latihan di Rumah Persatuan Cekak.

Semoga Majlis sebegini dapat terus diadakan pada masa akan datang.

InsyaAllah.









" BERSAMA & BERSATU "



SAMBUTAN PERAYAAAN 48 TAHUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (MAJLIS KONVOKESYEN)

15 JUN 2013 (Sabtu),Dewan Datuk Haji Maideen, Ibu Pejabat PSSCM Negeri Sembilan - Seramai 14 orang ahli PSSCM (UiTM Perlis) dan ahli PSSCM yang lain telah menghadirkan diri di Dewan Datuk Haji Maideen dan  mendaftar sebagai penerima anugerah Ujian Sijil Rendah bagi majlis konvokesyen kali ini. 4 orang  siswi PSSCM (UiTM Perlis) telah mendapat anugerah kepujian dalam Ujian Sijil Rendah. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada semua penerima ahli PSSCM lulus Ujian Sijil Rendah.

Pada sesi petang, telah diadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-41. Semua ahli PSSCM daripada pelbagai cawangan menghadiri mesyuarat tersebut. Penasihat PSSCM UiTM Pelis, Prof Madya Khairul Anwar Bin Subari telah mewakili  cawangan Perlis dalam mesyuarat tersebut.


Pada sesi malam pula, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana dan Sambutan Israk Mikraj. Tujuan majlis malam tersebut adalah untuk meraikan penerima anugerah lulus Ujian Sijil Rendah serta mengeratkan silaturrahim ahli-ahli PSSCM dari pelbagai cawangan.  Sambutan Israk Mikraj pula disajikan dengan ceramah tentang peristiwa Israk Mikraj. 

Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat 'Anugerah Kepujian' dan juga kepada yang 'Lulus' Ujian Sijil Rendah..












" BERSAMA & BERSATU "

Monday 23 September 2013

PROGRAM TITIAN BICARA ILMU MENARA GADING

4 DISEMBER 2012, UiTM Perlis- PSSCM UiTM Perlis telah dijemput oleh pihak pengurusan Universiti bagi menjayakan program tersebut. PSSCM UiTM Perlis dipertanggungjawabkan untuk mengiringi Perasmi iaitu YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang juga merupakan Exco Pelaburan,Perdagangan & Industri Sains & Teknologi, Pembangunan Usahawan & Antarabangsa Negeri Perlis.




"BERSAMA & BERSATU"

KONVENSYEN PEMIMPIN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA 2012

30 NOVEMBER 2012,UiTM Melaka- PSSCM UiTM Perlis telah dijemput untuk turut serta menyertai program yang dianjurkan oleh PSSCM UiTM Melaka pada November 2012 lalu iaitu Konvensyen Pemimpin Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 2012.
Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan pentadbiran PSSCM di peringkat IPT dan pengurusan secara lebih effektif dan bermutu tinggi..
PSSCM UiTM Perlis telah menghantar 10 orang Majlis Tertiggi(Diploma & Ijazah) bagi mengikuti program tersebut.










"BERSAMA & BERSATU"

Sunday 22 September 2013

PAMERAN STATIK DAN DEMONSTRASI

21 JANUARI 2013, UiTM Perlis - PSSCM UiTM Perlis telah menganjurkan pameran statik dan demonstrasi bertempat di Anjung Siswa,UiTM Perlis. Aktiviti ini merupakan aktiviti semester diploma yang sentiasa diadakan bertujuan menarik Ahli Baru menyertai PSSCM di UiTM Perlis...
Program ini telah dirasmikan oleh penasihat persatuan, Prof Madya Khairul Anwar Subari