Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Tuesday 22 October 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA SESAMA AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA PERLIS

19 JULAI 2013, Rumah Persatuan Cekak Perlis. - Pihak PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sesama Ahli di Rumah Persatuan Cekak cawangan Perlis. Pelbagai juadah yang disediakan tidak kurang juga juadah yang dibawa sendiri oleh peserta yang hadir. Selain ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis, ahli PSSCM dari UNiMAP, PTSS dan cawangan juga turut hadir bagi memeriahkan suasana berbuka puasa.

 Dimulakan dengan juadah ringan diikuti solat maghrib berjemaah dan kemudiannya makan makanan yang berat. Selesainya solat Isyak, semua ahli turut serta  menunaikan solat sunat terawih di Rumah Persatuan Cekak secara berjemaah.

Aktiviti diteruskan lagi dengan ahli PSSCM UiTM PERLIS mengadakan kelas latihan di sana mengikut kelas masing-masing. Ini adalah julung - julung kalinya aktiviti sebegini diadakan dan PSSCM UiTM PERLIS mengadakan kelas latihan di Rumah Persatuan Cekak.

Semoga Majlis sebegini dapat terus diadakan pada masa akan datang.

InsyaAllah.









" BERSAMA & BERSATU "



No comments:

Post a Comment