Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Tuesday 22 October 2013

SAMBUTAN PERAYAAAN 48 TAHUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (MAJLIS KONVOKESYEN)

15 JUN 2013 (Sabtu),Dewan Datuk Haji Maideen, Ibu Pejabat PSSCM Negeri Sembilan - Seramai 14 orang ahli PSSCM (UiTM Perlis) dan ahli PSSCM yang lain telah menghadirkan diri di Dewan Datuk Haji Maideen dan  mendaftar sebagai penerima anugerah Ujian Sijil Rendah bagi majlis konvokesyen kali ini. 4 orang  siswi PSSCM (UiTM Perlis) telah mendapat anugerah kepujian dalam Ujian Sijil Rendah. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada semua penerima ahli PSSCM lulus Ujian Sijil Rendah.

Pada sesi petang, telah diadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-41. Semua ahli PSSCM daripada pelbagai cawangan menghadiri mesyuarat tersebut. Penasihat PSSCM UiTM Pelis, Prof Madya Khairul Anwar Bin Subari telah mewakili  cawangan Perlis dalam mesyuarat tersebut.


Pada sesi malam pula, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana dan Sambutan Israk Mikraj. Tujuan majlis malam tersebut adalah untuk meraikan penerima anugerah lulus Ujian Sijil Rendah serta mengeratkan silaturrahim ahli-ahli PSSCM dari pelbagai cawangan.  Sambutan Israk Mikraj pula disajikan dengan ceramah tentang peristiwa Israk Mikraj. 

Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat 'Anugerah Kepujian' dan juga kepada yang 'Lulus' Ujian Sijil Rendah..












" BERSAMA & BERSATU "

No comments:

Post a Comment