Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Tuesday 27 September 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum, kepada semua pelajar UiTM Perlis peringkat diploma, persatuan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester, semoga kita semua diiringi ketenangan dalam menghadapi peperiksaan.


Disini ada beberapa tips panduan yang ingin dikongsi bersama, mudah-mudahan dengan tips yang diberi dapat memanfaatkan kita semua, insyaallah.


1. Masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan. Baca bismillah.
2. Sebelum itu pastikan peralatan mencukupi. Pensel, pen, pemadam , pembaris dan lain-lain barang keperluan. Sediakan lebih pen atau pensel bagi mengelakkan masalah pensel patah, pen habis dakwat.
3. Pastikan anda membawa kad pelajar.
4. Jangan duduk terlalu depan atau terlalu belakang. Kalau duduk depan mungkin akan menimbulkan gementar dan kalau duduk belakang mungkin gelisah bila tengok ramai yang keluar awal.
5. Jangan berani-berani meniru atau membawa toyol. Kalau ditangkap mungkin anda boleh dikenakan tindakan gantung semester. Sanggupkah anda mengulang satu semester hanya kerana satu subjek?
6. Pastikan lokasi tempat peperiksaan dengan betul. Jangan tersilap dewan.
7. Pastikan hadir selewat-lewatnya 20 minit awal.
8. Seelok-eloknya jangan mengulangkaji sebelum masuk dewan takut anda akan mengalami 'blank'.
9. Selepas peperiksaan tak perlu semak jawapan kerana ia akan menganggu subjek yang berikutnya.
10. Sekiranya 'carry mark' anda di bawah 10 dari 40 markah, fikir semula samada anda perlu menghadapi peperiksaan akhir atau tidak. Ini kerana kebarangkalian untuk 'fail' itu tinggi.
11. Pastikan anda boleh nampak jam. Ini bagi mengelakkan anda membuang masa dengan memikir soalan yang sukar. Pastikan 30 minit terakhir adalah masa untuk menjawab 1 soalan sahaja. Peruntukkan 10 minit untuk semakan terakhir. Mana tau tersilap tanda terutama bagi soalan objektif.



Semoga tips-tips ini bermanfaat kepada kita,insyaallah.



No comments:

Post a Comment