Uitm Pictures, Images and PhotosSELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UiTM PERLIS Uitm Pictures, Images and Photos

Sunday 28 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis

 

Pada 20 haribulan Ogos 2011, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Perlis telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Bertempat di perkarangan Pusat Islam UiTM Perlis, seramai 89 orang ahli PSSCM UiTM Perlis dan beberapa IPT jemputan seperti UNIMAP,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan UiTM Kedah hadir menjayakan majlis ini. Hadir juga beberapa tetamu kehormat seperti Timbalan Rektor UiTM Perlis Prof. Madya Marzukai,Yang di-Pertua PSSCM Kedah,En.Rosli bin Mansor, Yang di-Pertua PSSCM Perlis,En.Ishak bin Awang,Penasihat PSSCM UiTM Perlis,Prof. Madya Khairul Anwar bin Subari, Presiden Majlis Perwakilan dan Presiden Majlis Tertinggi Kolej meraikan seramai 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Simpulan Kasih dan Rumah Ibn. Acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Rektor UiTM Perlis, Prof.Madya Marzukai.

No comments:

Post a Comment