Wednesday, 19 February 2014
Kelas Menyingkap Rahsia bersama encik Idrus
Location:
Arau Arau
Thursday, 24 October 2013
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak - Anak Ramadan.
27 Julai 2013 (Sabtu), Perkarangan Pusat Islam Uitm Perlis. - PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di sekitar Arau, Perlis. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli PSSCM cawangan Perlis, ahli PSSCM UiTM
Merbok, ahli PSSCM Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, dan ahli PSSCM cawangan
Kedah serta kehadiran para jemputan dari sekolah-sekolah sekitar Arau.
Mereka yang diraikan adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin dari Sekolah Menengah
Al-Maad, Sekolah Kebangsaan Arau, dan Rumah Kanak-kanak Arau.
Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Khairul Anwar Bin
Subari merangkap penasihat persatuan seni silat cekak Malaysia UiTM Perlis yang juga merupakan Naib Yang Di-Pertua PSSCM Perlis.
Majlis
diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin
serta VIP, dan Seterusnya bacaan Al-Quran berserta terjemahan dan tayangan
mulitimedia.
Majlis berakhir dengan jamuan berbuka puasa.
Tuesday, 22 October 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA SESAMA AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA PERLIS
19 JULAI 2013, Rumah Persatuan Cekak Perlis. - Pihak PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sesama Ahli di Rumah Persatuan Cekak cawangan Perlis. Pelbagai juadah yang disediakan tidak kurang juga juadah yang dibawa sendiri oleh peserta yang hadir. Selain ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM
Perlis, ahli PSSCM dari UNiMAP, PTSS dan cawangan juga turut hadir bagi memeriahkan
suasana berbuka puasa.
Dimulakan dengan juadah ringan diikuti solat
maghrib berjemaah dan kemudiannya makan makanan yang berat. Selesainya solat Isyak, semua ahli turut serta menunaikan solat sunat terawih di Rumah Persatuan Cekak secara berjemaah.
Aktiviti diteruskan lagi dengan ahli PSSCM UiTM PERLIS mengadakan kelas
latihan di sana mengikut kelas masing-masing. Ini adalah julung - julung kalinya aktiviti sebegini diadakan dan PSSCM
UiTM PERLIS mengadakan kelas latihan di Rumah Persatuan Cekak.
Semoga Majlis sebegini dapat terus diadakan pada masa akan datang.
InsyaAllah.
InsyaAllah.
" BERSAMA & BERSATU "
SAMBUTAN PERAYAAAN 48 TAHUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (MAJLIS KONVOKESYEN)
15 JUN 2013 (Sabtu),Dewan Datuk Haji Maideen,
Ibu Pejabat PSSCM Negeri Sembilan - Seramai 14 orang ahli PSSCM (UiTM Perlis) dan ahli PSSCM yang lain
telah menghadirkan diri di Dewan Datuk Haji Maideen dan mendaftar sebagai penerima anugerah Ujian Sijil Rendah bagi majlis konvokesyen kali ini. 4 orang
siswi PSSCM (UiTM Perlis) telah mendapat anugerah kepujian dalam Ujian
Sijil Rendah. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Datuk Haji
Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak
Malaysia kepada semua penerima ahli PSSCM lulus Ujian Sijil Rendah.
Pada sesi petang, telah diadakan Mesyuarat Agung
Perwakilan Ke-41. Semua ahli PSSCM daripada pelbagai cawangan menghadiri
mesyuarat tersebut. Penasihat PSSCM UiTM Pelis, Prof Madya Khairul Anwar Bin Subari telah mewakili cawangan Perlis dalam mesyuarat tersebut.
Pada sesi malam pula, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana
dan Sambutan Israk Mikraj. Tujuan majlis malam tersebut adalah untuk meraikan
penerima anugerah lulus Ujian Sijil Rendah serta mengeratkan silaturrahim
ahli-ahli PSSCM dari pelbagai cawangan.
Sambutan Israk Mikraj pula disajikan dengan ceramah tentang peristiwa
Israk Mikraj.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat 'Anugerah Kepujian' dan juga kepada yang 'Lulus' Ujian Sijil Rendah..
" BERSAMA & BERSATU "
Monday, 23 September 2013
PROGRAM TITIAN BICARA ILMU MENARA GADING
4 DISEMBER 2012, UiTM Perlis- PSSCM UiTM Perlis telah dijemput oleh pihak pengurusan Universiti bagi menjayakan program tersebut. PSSCM UiTM Perlis dipertanggungjawabkan untuk mengiringi Perasmi iaitu YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang juga merupakan Exco Pelaburan,Perdagangan & Industri Sains & Teknologi, Pembangunan Usahawan & Antarabangsa Negeri Perlis.
"BERSAMA & BERSATU"
KONVENSYEN PEMIMPIN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA 2012
30 NOVEMBER 2012,UiTM Melaka- PSSCM UiTM Perlis telah dijemput untuk turut serta menyertai program yang dianjurkan oleh PSSCM UiTM Melaka pada November 2012 lalu iaitu Konvensyen Pemimpin Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 2012.
Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan pentadbiran PSSCM di peringkat IPT dan pengurusan secara lebih effektif dan bermutu tinggi..
PSSCM UiTM Perlis telah menghantar 10 orang Majlis Tertiggi(Diploma & Ijazah) bagi mengikuti program tersebut.
Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan pentadbiran PSSCM di peringkat IPT dan pengurusan secara lebih effektif dan bermutu tinggi..
PSSCM UiTM Perlis telah menghantar 10 orang Majlis Tertiggi(Diploma & Ijazah) bagi mengikuti program tersebut.
"BERSAMA & BERSATU"
Sunday, 22 September 2013
PAMERAN STATIK DAN DEMONSTRASI
21 JANUARI 2013, UiTM Perlis - PSSCM UiTM Perlis telah menganjurkan pameran statik dan demonstrasi bertempat di Anjung Siswa,UiTM Perlis. Aktiviti ini merupakan aktiviti semester diploma yang sentiasa diadakan bertujuan menarik Ahli Baru menyertai PSSCM di UiTM Perlis...
Program ini telah dirasmikan oleh penasihat persatuan, Prof Madya Khairul Anwar Subari
Program ini telah dirasmikan oleh penasihat persatuan, Prof Madya Khairul Anwar Subari
Subscribe to:
Posts (Atom)