27 Julai 2013 (Sabtu), Perkarangan Pusat Islam Uitm Perlis. - PSSCM UiTM Perlis telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di sekitar Arau, Perlis. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli PSSCM cawangan Perlis, ahli PSSCM UiTM
Merbok, ahli PSSCM Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, dan ahli PSSCM cawangan
Kedah serta kehadiran para jemputan dari sekolah-sekolah sekitar Arau.
Mereka yang diraikan adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin dari Sekolah Menengah
Al-Maad, Sekolah Kebangsaan Arau, dan Rumah Kanak-kanak Arau.
Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Khairul Anwar Bin
Subari merangkap penasihat persatuan seni silat cekak Malaysia UiTM Perlis yang juga merupakan Naib Yang Di-Pertua PSSCM Perlis.
Majlis
diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin
serta VIP, dan Seterusnya bacaan Al-Quran berserta terjemahan dan tayangan
mulitimedia.
Majlis berakhir dengan jamuan berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment